Wednesday, 11 February 2015

Keperibadian Sayyidina Umar Al Khattab Radhiyallahu Anhu

Sedikit Catatan Tentang Keperibadian Sayyidina Umar Al Khattab Radhiyallahu Anhu. 
  • Sayyidina Umar Al Khattab merupakan salah seorang diantara sahabat Rasulullah SAW yang dijamin masuk Syurga.
  •  Sayyidina Umar Al Khattab memiliki sifat yang berani, tegas, berpendirian dan garang. Walaupun sifatnya begitu tetapi ia masih mampu menerima nasihat dari orang lain. Jadi siapalah kita untuk tidak menerima teguran dari orang lain? 
  • Sayyidina Umar Al-Khattab pernah jatuh pengsan semasa sholat ketika membaca ayat 6 dari surah Al-Mutafiffin yang bermaksud "Hari berdiri manusia untuk menghadap Tuhan sekalian alam." 
  • Diceritakan, Sayyidina Umar Al Khattab ini pada tiap malam beliau akan menangis karena selalu memikirkan bagaimana keadaannya di Akhirat kelak, padahal beliau telah dijamin Syurga. Allahurabbi. 
  •  Kata Ulama, pada wajah bahagian bawah matanya ada satu lekuk. Lekuk itu adalah kesan air matanya akibat tiap-tiap malam menangis. 
  • Sayyidina Umar Al Khattab memiliki sebentuk cincin, pada cincinnya ada tertulis perkataan MATI. Tujuannya adalah mudah bagi Umar supaya ia boleh ingat selalu pada Kematian. 
  • Sayyidina Umar Al Khattab memiliki suara yang paling kuat dalam sejarah manusia. 
  • Ketika dihujung usianya, Sayyidina Umar Al Khattab menziarahi kubur Rasulullah SAW, 100 kali sehari kerana rindu pada Rasulullah SAW. 
  • Sayyidina Umar Al Khattab Wafat karena ditikam oleh Abu Lulu'ah. Ketika itu Sayyidina Umar Al Khattab menjadi imam dalam sholat subuh, datang si Abu Lulu'ah lalu menikam Sayyidina Umar Al Khattab ketika sedang sholat. Setelah 3 hari Sayyidina Umar Al Khattab kembali ke Rahmatullah.

 "Nabi SAW pernah sebut dalam hadis. Kalau ada Nabi selepas aku, Umar (Sayyidina Umar Al Khattab) lah pengganti aku." - 


oleh : (Ustaz Abdullah Khairi)

Artikel Terkait

Seorang yang berusaha hidup benar dan bermanfaat, Dengan cara menjadi Manusia yang PROAKTIF bukan REAKTIF. Berharap berakhir dengan khusnul khotimah.